Judul : JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017
link : JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017
JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017
Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat sejarah apabila muncul pasukan yang menjuarai piala liga empat kali berturut-turut awal malam tadi.Walaupun tewas kepada Selangor 1-2 dalam perlawanan ke 19, namun JDT berjaya dinobat sebagai juara Liga Super musim 2017 selepas mendapat 'bantuan' Pahang yang berjaya menewaskan pencabar terdekat, Kedah di Kuantan.
Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, anak buah Ulisses Morais membuka tirai jaringan menerusi pemain import tengah, Natxo Insa pada minit ke-39.
Di separuh masa kedua, Selangor berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan bekas penyerang JDT, Amri Yahyah.
Gol kemenangan Selangor hadir di minit ke-77 menerusi pemain lincah, Andik Vermansyah, import dari Indonesia.
JDT merangkul kejuaraan selepas meraih 45 mata daripada 19 perlawanan, mengatasi pencabar terdekat, Kedah dengan mengutip 34 mata.
Berikut adalah keputusan perlawanan bolasepak Liga Super musim 2017 bagi perlawanan ke-19 (5 Ogos 2017).
- Kelantan (1) - (1) FELDA
- Pahang (2) - (1) Kedah
- Perak (2) - (0) PKNS
- Selangor (2) - (1) JDT
- T-Team (1) - (5) Malacca United
- Sarawak (2) - (0) Pulau Pinang
from The Malaysian View - Latest News http://ift.tt/2hyHr7Z
By Info Melayu
Demikianlah Artikel JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017
Sekianlah artikel JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017 dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/jdt-rangkul-kejuaraan-liga-super-2017.html
0 Response to "JDT rangkul kejuaraan Liga Super 2017"
Catat Ulasan