Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli

Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Amanah ingatkan ahli, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Jangan benci Dr Mahathir, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli
link : Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli

Baca juga


Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli

 


BATU PAHAT: Amanah yakin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan belot dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) walaupun dikritik oleh sesetengah ahlinya.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata kerjasama PH dengan Dr Mahathir adalah untuk menarik sokongan Bumiputera menjalang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ahli diingatkan agar menjaga emosi terutamanya dalam isu-isu dalam parti terutamanya perbezaan pendapat dalam PH sehingga ada di kalangan ahli mempertikaikan kerjasama Amanah dengan PPBM yang mengeluarkan kenyataan membenci Dr Mahathir dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini yang boleh mengganggu kerjasama kita. Matlamat utama PH adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN,” katanya pada Konvensyen Pemuda Amanah di sini yang dihadiri kira-kira 500 ahli parti.

Salahuddin berkata beliau percaya Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak akan belot

Menurutnya, jika Dr Mahathir belot, Amanah akan melawan balik bekas perdana menteri itu.

“Saya mengumumkan mempercayai kepimpinan Dr Mahathir dan Muhyiddin dalam PH.

“Ini masanya untuk kumpul potensi dan kekuatan. Kalau Dr Mahathir belot, kita lawan,” katanya.
Sebelum ini, pemimpin Amanah Selangor, Saari Sungib, melepaskan jawatannya daripada Otai Reformis, kumpulan veteran aktivis reformasi yang tidak senang dengan Dr Mahathir bersama pembangkang.

Menurut Saari, Otai Reformis menolak kepimpinan Dr Mahathir dan oleh itu, sebagai ahli Amanah, beliau mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatan pengerusinya daripada kumpulan tersebut.

Sementara itu, Salahuddin mengingatkan pemuda Amanah untuk tidak menjadikan PAS sebagai musuh, dalam usaha menarik lebih ramai anak muda menyertai Amanah.

“Kita bukan lagi parti PAS, buang sikap dan pendirian yang eksklusif. Penubuhan Amanah adalah kerana PAS telah kerjasama dengan Umno.

“Gunakan kebijaksanaan kita sebagai ahli agar dihormati oleh masyarakat dan rakyat,” katanya.


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2udyrLs
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli

Sekianlah artikel Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/jangan-benci-dr-mahathir-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan benci Dr Mahathir, Amanah ingatkan ahli"

Catat Ulasan