Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011

Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011 - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011
link : Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011

Baca juga


Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011

bendera_terbalik_01
PETALING JAYA: Di saat pelbagai pihak di Indonesia masih marah terhadap kesilapan Malaysia mencetak bendera republik itu terbalik dalam buku cenderahati rasmi Sukan SEA ke-29, kesilapan sama pernah dilakukan tuan rumah Indonesia ketika menganjurkan sukan itu 6 tahun lalu.
Kesilapan itu dilakukan menjelang Sukan SEA ke-26 di Palembang, menurut sebuah laman web Indonesia yang melaporkan perkara itu beberapa bulan sebelum acara itu.
Kompasiana.com melaporkan kesilapan itu melibatkan sekurang-kurangnya 5 bendera negara Asean termasuk Malaysia.
Antaranya ialah bendera negara dipasang terbalik selama lebih 2 bulan di pelbagai lokasi di Palembang termasuk berhampiran bank, restoran, hospital, universiti dan hotel.
Jalur Gemilang pula dipasang terbalik di Gedung Asuransi, Jalan Jendral Sudirman dengan lambang bulan sabit dan bintang berada di bahagian bawah.
terbalik_malaysia
Di lokasi sama, bendera Myanmar disalah cetak apabila kombinasi biru merah dikibarkan, sedangkan ia tidak digunakan lagi sejak 21 Oktober 2010.
Bendera Myanmar ketika itu sudah pun menggunakan kombinasi kuning, hijau dan merah dengan lambang bintang 5 bucu berwarna putih.
terbalik_manyar
Bendera Vietnam turut menjadi mangsa, dipasang terbalik di depan Hospital Muhammadiyah Plaju. Bendera dengan lambang bintang 5 bucu seharusnya dikibar dengan bucu tunggal di bahagian atas tetapi ia diterbalikkan ke bawah.
vitnam_lama
Bendera Filipina pula dipasang terbalik apabila bahagian biru yang sepatutnya berada di bahagian atas diterbalikkan ke bawah.
filipina_terbalik
Bendera Timur Leste pula dikibar dengan lambang bintang 5 bucu yang sepatutnya berdekatan tiang, tetapi berubah kedudukan ke depan.
timorleste_terbalik
Menurut laporan itu, 5 daripada 11 bendera negara peserta termasuk Malaysia dikibarkan terbalik dan bendera Thailand terkoyak di depan sebuah institusi pendidikan swasta.
Hanya 5 negara Asean terselamat “terselamat” daripada kecuaian, iaitu negara tuan rumah Indonesia, Singapura, Loas, Brunei dan Kemboja.
Malaysia memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Indonesia selepas pendedahan kesilapan pada bendera Indonesia dalam buku cenderahati SEA Games 2017.
Susulan itu, pelbagai kumpulan dan pemimpin politik menggesa tindakan lebih keras terhadap Malaysia.
Sejak kesilapan itu dilaporkan, media sosial milik rakyat Indonesia menyasarkan Jalur Gemilang dengan memaparkannya secara terbalik.

from PenangKini http://ift.tt/2xevet1
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011

Sekianlah artikel Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011 dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/ini-pula-kesilapan-indonesia-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011"

Catat Ulasan