Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara

Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara
link : Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara

Baca juga


Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara


4 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digesa untuk berkata benar dan tidak menipu rakyat negeri itu susulan sikap beliau yang mendabik dada kononnya Pulau Pinang adalah negeri yang paling sedikit berhutang dengan Kerajaan Persekutuan.
Setiausaha Parti GERAKAN Datuk Liang Teck Meng membidas Guan Eng kerana terus bersandiwara dengan rakyat Pulau Pinang yang mendakwa DAP bijak mengurus dan mentadbir kerajaan negeri tersebut.
“Dia kena bagi gambaran yang betul kepada rakyat, jangan menipu dan sembunyikan sesuatu. Sepatutnya dia kena bagi penjelasan dan gambaran secara keseluruhan macam mana Pulau Pinang boleh kurangkan hutang secara tidak gentleman,” bidas Teck Meng.
Teck Meng yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata demikian pada media selepas menyaksikan majlis upacara lafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah warga SPAN dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, pada Jumaat.
Upacara melafaz ikrar bebas rasuah itu telah diketuai oleh  Ketua Pegawai Eksekutif SPAN Datuk Mohd Ridhuan Ismail.
Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Jamidan Abdullah.
Menurut Teck Meng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebenarnya tidak berjaya mengurangkan hutang negeri tersebut sebaliknya memanipulasi faedah yang dinikmati hasil perjanjian perstrukturan air 2011 antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.
“Beliau tidak berjaya mengurangkan pun hutang. Sebenarnya Guan Eng cuma ‘transfer’ aset negeri kepada kerajaan pusat, sedangkan setiap tahun dia kena bayar berpuluh juta (ansuran) kepada kerajaan pusat.
“Jadi janganlah anggap itu sebagai usaha yang telah mencapai kejayaan untuk negeri itu. Jangan nak menipu rakyat bahawa mereka bijak mengurangkan hutang negeri,” katanya lagi.
Teck Meng juga menyindir Setiausaha Agung DAP itu supaya terus melakukan pembohongan kepada rakyat Pulau Pinang tetapi mestilah berani menyahut cabaran daripada Pakar Strategik BN Datuk Seri Rahman Dahlan terlebih dahulu.
“Kalau nak teruskan pembohong itu, Guan Eng batalkanlah perjanjian tersebut sepertimana cabaran yang diberi oleh Rahman Dahlan kepada beliau,” sindirnya.
Awal minggu ini, Rahman telah mencabar Guan Eng untuk membatalkan penstrukturan semula air 2011 jika Kerajaan Pulau Pinang masih mahu mendakwa mereka telah berjaya mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95 peratus.
Menurut Rahman, Pulau Pinang mampu mempunyai hutang yang rendah adalah kerana Kerajaan Persekutuan membatalkan hutang itu (yang ditukar kepada bayaran pajakan tahunan) dan memberi geran sebanyak RM1.2 bilion kepada Pulau Pinang.
“Kerajaan Persekutuan tukarkan aset itu kepada pajakan, sedangkan setiap tahun dia kena tanggung bayaran ansuran berjuta selama 40 tahun.
“Jadi tak boleh nak anggap mereka dah kurangkan hutang sedangkan mereka perlu bayar hutang sehingga 40 tahun.
“Kenapa itu tak jelaskan kepada rakyat, kalau benar batalkan sahaja seperti yg dicabar Rahman,” katanya lagi.

from PenangKini http://ift.tt/2v2DsWa
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara

Sekianlah artikel Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/hutang-ppinang-rendah-jadi-gentlemen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hutang P.Pinang rendah: Jadi ‘gentlemen’ perincikan jangan terus bersandiwara"

Catat Ulasan