Judul : Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir
link : Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir
Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beranggapan kekecohan forum 'Nothing To Hide 2.0' pada Ahad lalu terjadi kerana penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tragedi Memali tidak memuaskan hati hadirin.
Malah beliau berterima kasih kepada individu yang bertanyakan perihal Memali untuk dijawab Dr Mahathir secata terbuka.
"Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab (Dr Mahathir) sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.
"Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya," ujar Hadi dalam satu kenyataannya hari ini.
Mengimbau tragedi Memali, Hadi berkata ahli PAS dipersalahkan namun tidak pula pihak yang mencetuskan provokasi sehingga terjadinya peristiwa itu.
"Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.
"Ramai kakitangan kerajaan, polis dan Umno tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa," ujarnya.
Ustaz Ibrahim adalah pemimpin PAS dan antara pemidato handal yang amat digeruni kerajaan pimpinan Dr Mahathir ketika itu.
Beliau dan 13 rakannya dikatakan dikepung pihak berkuasa dan ditembak mati di perkampungan Memali. Juga terkorban empat orang anggota polis.
Ulama PAS menyifatkan korban tragedi Memali adalah 'mati syahid', berikutan dibunuh kerajaan pemerintah yang zalim.
Dr Mahathir ketika menjawab isu Memali berkata "empat polis dibunuh dengan tangan mereka (pemimpin PAS), balasannya dengan cara itu (bunuh kembali). Itu adalah SOP.
Berikutan jawapan itu, forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh dengan peserta yang bertanyakan soalan tiba-tiba membaling kerusi dan botol air ke arah pentas - dimana Dr Mahathir sedang berucap.
Susulan itu peserta lain bertindak menyalakan suar memaksa hadirin lain yang datang bertempiaran lari keluar dewan.
Polis kemudiannya mengesahkan tiga suspek ditahan untuk membantu siasatan.
Suspek kini ditahan reman selama empat hari, bermula semalam (Isnin).
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2w6HrCU
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir
Sekianlah artikel Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/hadi-ucap-terima-kasih-pada-individu.html
0 Response to "Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir"
Catat Ulasan