Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M

Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M
link : Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M

Baca juga


Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Liang Teck Meng menyindir daya ingatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semakin pudar sejak rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan.
Teck Meng mengingatkan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa bukan kerajaan Johor yang memfitnah beliau atau meminta tarif air dinaikkan lima kali dalam tempoh tujuh tahun, sebaliknya kerajaan Pulau Pinang ditadbir DAP yang berbuat demikian.
“Daya ingatan Guan Eng semakin pudar apabila beliau semakin dekat dengan Mahathir. Sekarang beliau berkata bahawa saya tidak perlu berbincang pasal kadar air Pulau Pinang dan harus menumpukan perhatian kepada kadar air Johor.
“Bukan Johor yang memfitnah saya atau meminta kadar air meningkat lima kali dalam tempoh tujuh tahun yang lalu,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Teck Meng berkata, isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang bermula apabila Guan Eng melemparkan fitnah beliau memberi tanda yang menunjukkan Kerajaan Pusat memaksa kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air sekali lagi.
Justeru, beliau telah mencabar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendedahkan kepada orang ramai surat permohonan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kepada SPAN bertarikh Disember 2016.
Jelas Teck Meng, surat itu akan membuktikan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang sebenarnya mahu menaikkan tarif air sekali lagi sepertimana kadar air yang telah dinaikkan sebanyak tiga kali di negeri itu sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, Guan Eng tidak berbuat demikian sebaliknya menuduh beliau pengecut, melanggar undang-undang kerahsiaan dan tidak profesional, malah meminta beliau memberi tumpuan terhadap kadar air di Johor sahaja.
Sehubungan itu, Teck Meng turut mengingatkan Guan Eng kerajaan Johor tidak mengambil `kredit palsu’ berhubung pengurangan hutang dengan Kerajaan Persekutuan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang.
Ia kerana, kata beliau, pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang tu sebenarnya disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mengurangkan hutang negeri kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95 peratus demi rakyat.
“Beliau (Guan Eng) boleh mengalihkan perhatian, menafikan dan menghina, tetapi hakikatnya beliau adalah Bo-Hood atas cabaran yang dibangkitkan ini. Beliau seorang hipokrit dalam persoalan ketelusan.
“Hakikat tetap sama, sudah tiga minggu saya mencabar beliau mendedahkan surat bertarikh Disember 2016 itu. Seminggu juga telah berlalu sejak saya meminta beliau mendedahkan semua perkataan di antara SPAN dan PBAPP mulai daripada surat Disember 2016,” katanya.
– MYNEWSHUB.CC

from PenangKini http://ift.tt/2vH3lfO
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M

Sekianlah artikel Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/daya-ingatan-lge-pudar-sejak-rapat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Daya Ingatan LGE Pudar Sejak Rapat Dengan Tun M"

Catat Ulasan