Judul : DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur
link : DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur
DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Lim Guan Eng hanya menyerlahkan sikap ‘tidak bijak’ semata-mata mahu mempertahankan seorang pemimpin DAP, Phee Boon Poh yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa penahanan terhadap Ahli Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai satu tindakan tidak adil kerana Boon Poh sudah sedia kaya sekali gus tidak mungkin terlibat dalam sebarang kesalahan rasuah, hanya memakan diri.
Beliau berkata, Guan Eng tidak sepatutnya berpendirian sedemikian kerana boleh mengundang persoalan dalam kalangan rakyat bahawa adakah kepemimpinan DAP terlalu ‘bersih’ sehingga mereka tidak boleh ‘ditegur’ atau disiasat oleh pihak berkuasa melibatkan apa jua kesalahan.
“Siapakah DAP ini untuk mengatakan kepemimpinan parti itu tidak akan berlaku sebarang kesalahan melibatkan rasuah atau salah guna kuasa hanya kerana pemimpin mereka seorang yang sudah kaya kerana harta warisan keluarganya.
“Reaksi sebegini sangat tidak masuk akal. Siapa sahaja pasti tahu gejala rasuah boleh berlaku tidak kira mereka itu miskin atau kaya, mereka tidak peduli perkara itu jika ada peluang untuk ‘buat duit’ melalui rasuah. Jadi siapa kita untuk menafikan perbuatan itu berlaku atau tidak?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Boon Poh direman selama lima hari bagi membantu siasatan serbuan pihak berkuasa terhadap kilang memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti pada Khamis lalu.
Walau bagaimanapun, Guan Eng menyifatkan tindakan yang diambil terhadap Boon Poh itu sebagai tidak adil kerana beliau percaya wakil rakyat berkenaan tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas kilang berkenaan.
Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah menempelak sikap DAP kerana tidak lagi melaksanakan prinsip Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan sendiri.
Lebih mendukacitakan, DAP sering menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kesalahan sendiri jika ada dakwaan melibatkan kepincangan pentadbiran mereka.
“DAP suka bersembunyi di belakang tirai dan seboleh-bolehnya akan meletakkan kesalahan di pihak lain selain mendakwa sebarang tindakan yang diambil bermotifkan politik.
“Mereka tidak akan mengambil tanggungjawab dan tidak akan mengakui sebarang kesalahan bagi menunjukkan semua pemimpin DAP adalah bersih dan kononnya terbaik dalam melaksanakan tugas masing-masing,” katanya.
from PenangKini http://ift.tt/2wWbJVb
By Info Melayu
Demikianlah Artikel DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur
Sekianlah artikel DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/dap-terlalu-bersih-tidak-boleh-ditegur.html
0 Response to "DAP terlalu ‘bersih’, tidak boleh ditegur"
Catat Ulasan