Judul : Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi
link : Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi
Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi
ALOR SETAR - Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail menyangkal dakwaan kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi, di mana Hospital Langkawi merupakan sebuah hospital pakar.
“Perkhidmatan itu boleh didapati di Hospital Langkawi dan di sebuah pusat dialisis swasta. Jumlah mesin dialisis yang ada di Hospital Langkawi adalah 26 buah,” katanya.
Menurutnya, pada masa kini seramai 103 penghidap End Stage Renal Failure (ESRF) atau kegagalan buah pinggang mendapatkan rawatan di Hospital Langkawi.
“Pusat dialisis swasta di Pulau Langkawi mempunyai enam mesin dan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan hanya dua orang. Selain hemodialisis terdapat alternatif lain iaitu CAPD di mana pesakit dilatih dan boleh lakukan dialisis di rumah,” katanya.
Dr Norhizan berkata, kerajaan menyediakan kemudahan hemodialisis di hospital kerajaan, malah bagi meningkatkan bilangan mesin dialisis dan kemudahan kepada rakyat, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan turut menyediakan perkhidmatan hemodialisis di klinik kesihatan terpilih.
“Perkhidmatan hemodialisis di klinik kesihatan sedang ditingkatkan ke beberapa klinik kesihatan lagi di seluruh negara termasuk Kedah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Chef Wan melalui akaun media sosialnya, yang kecewa berikutan kerajaan gagal menyediakan pusat dialisis di Langkawi.
Kenyataan itu menyebut pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di Alor Setar dan Pulau Pinang sehingga menelan kos tinggi.
from KDL http://ift.tt/2wFDemv
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi
Sekianlah artikel Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/dakwaan-chef-wan-tak-berasas-kononnya.html
0 Response to "Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi"
Catat Ulasan