Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka

Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Buka pemilihan presiden UMNO, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel Najib seorang yang terbuka, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka
link : Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka

Baca juga


Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka

Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka
MAHDZIR: Itulah keterbukaan perdana menteri yang juga presiden UMNO kita, dia buka supaya semua orang ada peluang tetapi presiden sebelum ini tidak buat pun malah menggunakan 'undi kuota' setiap kali pemilihan parti untuk terus kekal. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuka pemilihan Presiden UMNO kepada semua anggotanya sejak 2013 menunjukkan beliau seorang yang terbuka dalam parti itu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Najib yang juga presiden UMNO membuka ruang kepada 165,000 anggota parti itu untuk bertanding jawatan itu menunjukkan beliau seorang yang mengamalkan demokrasi dan bukan bersikap diktator.

"Itulah keterbukaan perdana menteri yang juga presiden UMNO kita, dia buka supaya semua orang ada peluang tetapi presiden sebelum ini tidak buat pun malah menggunakan 'undi kuota' setiap kali pemilihan parti untuk terus kekal.
"Zaman Datuk Seri Najib ini juga, setiap pemimpin di peringkat bahagian juga perlu dapatkan undi dari akar umbi bahagian sebagai contoh kalau perwakilan ada 3,000 maka kena dapatlah undi semua..bukan macam dulu. Ini semua perubahan untuk kepentingan anggota dan menunjukkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal, di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Mahdzir berkata demikian mengulas kenyataan Najib hari ini yang dilaporkan berkata langkah membuka pemilihan presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggotanya pada 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan milik beliau seorang malah berbeza dengan zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib berkata pada zaman kepimpinan Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu menggunakan mekanisme 'undi kuota' dan 'undi bonus' setiap kali tiba pemilihan parti untuk kekal berkuasa.

Katanya semasa menjadi presiden UMNO beliau memansuhkan undi kuota dan undi bonus malah nasibnya sebagai presiden parti juga diserahkan kepada lebih 165,000 anggota UMNO seluruh negara yang mana mereka ini tidak boleh dibeli sesuka hati.

-- BERNAMA

from PenangKini http://ift.tt/2uEKGx2
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka

Sekianlah artikel Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/buka-pemilihan-presiden-umno-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka"

Catat Ulasan