Berpolitik boleh, jangan serang peribadi

Berpolitik boleh, jangan serang peribadi - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berpolitik boleh, jangan serang peribadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berpolitik boleh, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel jangan serang peribadi, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berpolitik boleh, jangan serang peribadi
link : Berpolitik boleh, jangan serang peribadi

Baca juga


Berpolitik boleh, jangan serang peribadi

 
 
Oleh SALMIYAH HARUN 

ISU serangan peribadi yang membabitkan pimpinan tertinggi negara sejak akhir-akhir ini lebih kepada desakan kelangsungan politik sama ada demi parti atau demi peribadi.

Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, sikap yang tidak matang dan sejahtera pimpinan negara ini menjadi tontonan dan ikutan belia-belia negara yang merupakan generasi masa depan negara.

"Contoh buruk kita ini akan menjadi amalan anak cucu kita suatu hari nanti, dan adakah dengan cara begini kita menunjukkan kepada dunia bahawa slogan Malaysia benar-benar Asia? Jika sikap pimpinan tertinggi kerajaan bersikap demikian?" soal beliau

Katanya, rakyat Malaysia bukannya tidak cerdik bahkan kanak-kanak sekolah rendah sehingga universiti mengetahui apa yang bakal terjadi kepada negara mereka pada masa akan datang.
Tambahnya, kontroversi ini tersebar luas lebih-lebih lagi di media sosial di mana dunia boleh melihat suasana politik Malaysia yang sedang bergelora.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit asal usul keturunan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya sehingga mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak kemukakan kebenaran.

"Zahid Hamidi yang mempunyai pendidikan tinggi dan berfikiran matang wajar berhujah dalam soal politik jika hendak membela Umno dan BN bukan menyerang sikap dan sifat mana-mana individu.

Ingat! slogan 'Jasamu Dikenang' dilaungkan semasa Tun mengumumkan persaraannya," kata beliau.
Justeru, katanya sempena bulan Kemerdekaan ini adalah lebih baik kerajaan yang sedia ada membuat satu perubahan yang baik untuk bangsanya dengan memulihkan kembali ekonomi rakyat serta pelbagai masalah yang telah dibebankan kepada rakyat selama ini.


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vJyHm6
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Berpolitik boleh, jangan serang peribadi

Sekianlah artikel Berpolitik boleh, jangan serang peribadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berpolitik boleh, jangan serang peribadi dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/berpolitik-boleh-jangan-serang-peribadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berpolitik boleh, jangan serang peribadi"

Catat Ulasan