Judul : Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling
link : Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling
Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersedia menyumbang tanah wakaf seluas 12.8 hektar bagi membantu Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) merealisasikan hasrat membina sebuah Universiti Al-Quran di daerah ini.Abdul Azeez berkata, tanah itu akan diwakafkan menggunakan sumbangan peribadinya dan dalam masa sama kerajaan diharap dapat membantu membina infrastruktur universiti tersebut.
“Saya akan cari tanah wakaf dalam Baling dan sumbangkan Kepada Permata Al-Quran tetapi permohonan untuk dirikan universiti tersebut saya perlu berbincang lanjut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Huffaz Permata Al- Quran kali ke-6 di Dewan Tuanku Hajjah Haminah, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, permohonan Permata Al-Quran bagi mendapatkan kuota umrah terdiri daripada 10 mudir dan pelajar cemerlang diluluskan.
Bagaimanapun katanya, kuota sama yang dipohon bagi ibadah haji perlu dibincang dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) terlebih dahulu.
“Untuk umrah kita luluskan kerana ia tidak perlukan kuota, sebaliknya hanya perlu sumbangan dana. Kita boleh guna duit Yayasan TH.
“Tetapi untuk kuota haji, ia perlu dibawa dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH. Kita juga mungkin akan tulis surat kepada Kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan kuota dipohon,” katanya.
Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga TH berkata, beliau percaya permohonan itu bukan sahaja akan diluluskan Arab Saudi, malah jumlahnya juga mungkin akan ditambah.
“Mungkin kita minta 10 kuota tetapi mereka bagi 50 sebab keakraban Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerajaan di sana,” Katanya.
Sementara itu, Presiden Permata Al-Quran, Manolito Mohd Dahlan berkata, konvokesyen berkenaan dihadiri seramai 727 pelajar tahfiz dari seluruh negara termasuk Thailand yang berjaya menamatkan hafalan.
from PenangKini http://ift.tt/2xh3EL0
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling
Sekianlah artikel Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/bantu-realisasi-bina-universiti-al.html
0 Response to "Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling"
Catat Ulasan