Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh

Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh
link : Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh

Baca juga


Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berusaha supaya institusi kewangan khususnya Bank Negara Malaysia (BNM) memberi sedikit kelonggaran kepada pembeli rumah kali pertama.
 
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata institusi kewangan itu kini sedang mengkaji saranan yang dibuat kementeriannya bagi membolehkan pembeli membeli rumah pertama mereka.
 
"Bank ini dia ada syarat-syarat dia sendiri, kriteria dia sendiri. Dia siapa yang hutang banyak, kemampuan dia untuk bayar balik. Siapa yang kelayakan pinjaman, itu bagi saya itu urusan bank. Hanya kita nak mohon sedikit fleksibiliti lah. Fleksibiliti untuk dia pertimbangkan peminjam kalau ada peminjam perumahan kali pertama kalau boleh bagi sedikit kelonggaran daripada syarat-syarat yang asas. 
 
"Jadi macam KPKT untuk kita nak membantu pembeli pertama sebab itu kita ada skim My Home kerajaan beri geran RM30 ribu. RM30 ribu ini geran bukan pinjaman. Kita bagi geran untuk ia membolehkan dapat pinjaman bank. Untuk dia mampu. Masalahnya ialah dia (bank) tidak boleh beri seratus peratus dia hanya boleh bagi 70 peratus 80 peratus. Yang masalahnya ialah nak mengisi ruang itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rumah Mampu Milik di SACC Shah Alam, hari ini.
 
Harga rumah yang terlalu tinggi dan tidak realistik menjadikan ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah pertama, khususnya di Selangor.
 
Keraguan itu turut disuarakan oleh Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mengatakan bahawa 'harga tidak masuk akal' menjadi penyebab sebenar ramai rakyat Malaysia tidak mampu memiliki harta, dan mereka termasuk isi rumah berpendapatan RM9,000.
 
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu turut menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  meneliti semula peranan penubuhannya membantu rakyat, bersabit isu perumahan.
 
"Jadi oleh kerana dikatakan banyak anak syarikat kerajaan negeri yang buat rumah ini dapat tanah percuma. Jadi saya harap kita akan dapat mainkan peranan lah. Seperti di Selangor, kita menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Di dalam titah baginda supaya agensi kerajaan negeri Selangor seperti PKNS kena tengok balik sejarah. Kita kena memainkan peranan kenapa tubuhkan PKNS.
 
"Kalau kita tengok dahulu, yang banyak bangunkan kawasan di Shah Alam, Bangi ini yang banyak diduduki Bumiputera ini semua peranan PKNS. Tapi hari ini, agensi-agensi ini seolah olah sudah lari daripada matlamat. Jadi saya rasa teguran Duli Sultan Selangor ini harus kita junjung kasih kerana kepekaan dan keprihatinan Baginda mengenai masalaah perumahan di negeri Selangor.
 
"Jadi kita harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia patut rasa terpanggil untuk membetulkan balik matlamat-matlamat GLC khususnya bukan sahaja PKNS. Tetapi banyak lah PNSB pun ada, banyaklah. Yang kita tubuhkan dulu waktu kita tubuhkan. Kita harap benda ini dapat dihidupkan balik oleh kerajaan negeri," tambahnya.
 
Terdahulu Sultan Selangor menyampaikan rasa kurang senang Baginda sekiranya anggota lembaga pengarah PKNS hanya disandang oleh ahli politik.
 
Titah Baginda lagi, ahli lembaga pengarah PKNS haruslah seimbang dan mestilah dilantik daripada kalangan mereka-mereka yang profesional serta boleh memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam pembangunan.
 
Baginda mahukan penglibatan golongan profesional supaya hala tuju PKNS tidak tersasar daripada objektif asal, iaitu kearah pembangunan dan kemajuan rakyat.
 
 

from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2hQFG6y
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh

Sekianlah artikel Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/bank-negara-sedang-teliti-saranan-kpkt.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bank Negara sedang teliti saranan KPKT beri kelonggaran kepada pembeli rumah pertama - Noh"

Catat Ulasan