Bangsa Usahawan

Bangsa Usahawan - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bangsa Usahawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bangsa Usahawan
link : Bangsa Usahawan

Baca juga


Bangsa Usahawan

Untuk menjadi seorang yang mempunyai pendapatan lumayan, berniaga adalah kerjaya pilihan terbaik. Budaya makan gaji perlu dikurangkan dan bertukar kepada melangkah dengan berani menceburi dunia bisnes, dengan budaya berniaga, menjadi pedagang, membina Bangsa Usahawan.

Ini adalah antara pesanan saya dalam banyak program ketika berada di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Saya juga telah banyak melawat pelbagai industri, mikro, kecil, sederhana dan besar di seluruh negara. 

Boleh lihat di twitter saya @ahmadmaslan. Rumusannya, Bumiputera, Melayu boleh menjadi masyarakat perdagangan dan perindustrian.

Kita perlu mencontohi masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia yang sudah menjadi Bangsa Usahawan. Masyarakat India pula menjadi bangsa profesional, ramai mereka menjadi doktor dan peguam misalnya. 

Majoriti Bumiputera, Melayu masih makan gaji dengan pendapatan yang terhad. Jika berniaga pendapatan tanpa had, pasaran juga tanpa had boleh ke seluruh dunia asalkan berpandu kepada ilmu yang lengkap.

Ya, ilmu keusahawanan amat penting. Pengalaman saya menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan (DS Mustapa Mohamed) tahun 1995-1999 di MARA banyak mengajar betapa ilmu dan maklumat tentang perniagaan amat penting untuk dikuasai oleh peniaga, bukan modal wang yang pertama tapi modal ilmu berniaga yang nombor satu.

Di mana kedudukan Melayu, Bumiputera masa kini dalam perniagaan? SME Corp sebuah agensi MITI yang menjaga usahawan PKS, Perusahaan Kecil dan Sederhana ada data-datanya. Kini terdapat 907,065 entiti perniagaan PKS di Malaysia. PKS merupakan 98.5% daripada seluruh entiti perniagaan di negara ini. Lihat www.smecorp.gov.my

Dalam satu selidikan yang melibatkan SMECorp, didapati hanya 37.4% PKS itu milik Bumiputera. 88% PKS milik Bumiputera itu pula bertaraf mikro, jualan tidak melebihi rm300 ribu setahun dan pekerja kurang 5 orang. Bererti Bumiputera masih di tahap rendah dalam rantaian panjang perdagangan.

Maksudnya banyak lagi yang perlu dibuat. Kita perlu terus berusaha secara gigih untuk membina Bangsa Usahawan ini. 

Perdana Menteri, DS Najib telah melancarkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada tahun 2013 di UiTM dan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera pada April 2017 di KLCC. Saya hadir dalam dua majlis penting itu. Agensi TERAJU di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan sangat mustahak untuk melaksanakan pelbagai program dua gagasan yang Perdana Menteri telah lancarkan. Lihat www.teraju.gov.my

Namun, yang utama ialah kembali kepada masyarakat Melayu, Bumiputera itu sendiri yang perlu berubah kerangka minda atau mindset agar berani menjadi usahawan. Ingatlah pesan Nabi bahawa 9 per 10 punca kekayaan adalah daripada hasil perniagaan. 

Mulai hari ini mari kita bersama-sama berusaha dengan gigih untuk mewujudkan satu keluarga satu usahawan, satu kampong satu produk, satu daerah satu industri dalam langkah-langkah besar bagi membina Bangsa Usahawan.

(Ahmad bin Maslan, 15/8/17)
www.miti.gov.my
www.ahmadmaslan.my

from Datuk Ahmad Maslan http://ift.tt/2fHikQ5
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Bangsa Usahawan

Sekianlah artikel Bangsa Usahawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bangsa Usahawan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/bangsa-usahawan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bangsa Usahawan"

Catat Ulasan