Judul : Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah
link : Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah
Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah
PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama mencari punca umat Islam menyimpang daripada akidah mereka, susulan dakwaan acara anjuran Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur disertai umat Islam, baru-baru ini.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa mencadangkan beberapa punca termasuk ajaran Islam bersifat dogmatik, agama ditadbir dengan cara yang kelihatan seperti menindas dan cara tegar guru agama mendekati subjek itu.
“Jika masalah itu disebabkan cara Islam diwakili pentadbiran semasa, maka kita perlu memikirkannya. Kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu mengkaji diri mereka,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai acara anjuran Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur.
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, acara itu dianjurkan mereka yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama, minggu lalu.
Bagaimanapun, Farouk berkata, pegangan agama ialah sesuatu antara manusia dan tuhan.
“Saya tidak nampak sebarang kewajaran untuk sesebuah negeri campur tangan dalam kepercayaan seseorang.”
Aktivis itu mengingatkan kerajaan dan pihak berkuasa Islam yang tiada paksaan dalam Islam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyarankan individu terbabit ateisme untuk dipelawa menyertai sebuah sesi dialog.
“Tidak kira apa kepercayaan anda, ateisme tidak boleh diterima. Ia tidak boleh dianggap kepercayaan jika mereka tiada sebarang pegangan. Pihak berkuasa perlu campur tangan sekiranya kepercayaan itu menjejaskan kehidupan umat Islam dan mula disebarluaskan,” katanya. #sumber
from Pahang Daily Online http://ift.tt/2vhtVsV
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah
Sekianlah artikel Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/badan-pemikir-gesa-cari-punca-umat.html
0 Response to "Badan Pemikir Gesa "Cari Punca", Umat Islam Jadi Terpesong Akidah"
Catat Ulasan