Judul : Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah
link : Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah
Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah
Just nak share dapat call pagi tadi ..
.
Pegawai Mahkamah : Selamat pagi En Fairul saya Sivabalan A/L Mani pegawai Mahkamah Tinggi Johor dan en ada perbicaraan pagi ini berkaitan keslahan ingkar en untuk membayar..
.
Fairul : Ingkar bayar apa ya..
.
Pegawai Mahkamah : En ada tunggakan sebanyak RM 32517.63 kerana tidak membayar kredit kad dari Public bank. No akaun en 3811967927 No Belakang Kad 4828 No Rujukan Fail Mahkamah J03473842017.
.
Fairul : Bila saya pakai kredit kad public bank.. kredit kad pun tak pernah apply.
.
Pegawai Mahkamah : So ni siapa yang pakai banyak ni.
.
Fairul : sy mana la tahu..
.
Pegawai Mahkamah : En duduk di alamat felda kratong 11 johor kan
.
Fairul : Duduk di felda.. bila saya duduk johor saya dudk kl..
.
Pegawai Mahkamah : en kena datang johor hari ni sebab kes sebutan en jam 1030 pagi ini..
.
Fairul : macam mana sy nak datang jauh..
.
Pegawai Mahkamah : kalau mcm tu datang petang jumpa saya..
.
Fairul : takper la sy nak pergi public bank dan balai polis berdekatan untuk buat report sebab org guna data peribadi saya.
.
Pegawai Mahkamah : tak apa en sy akan sambungkan en ke balai polis johor untuk en buat laporan polis online ( semasa nak sambung siap mesin suara bg tahu lagi "sekarang anda telah disambungkan ke Balai Polis Johor" dalam hati berkata gak wah canggih dah sekarang siap bg link terus good servis )
.
Fairul : Salam tuan
.
Pegawai Polis : Selamat pagi cik ada laporan apa tu mengenai kredit kad ker atau penipuan maklumat.
.
Fairul : Sy dimaklumkan oleh En Sivabalan A/L Mani di bg tahu sy ada tunggakan kredit kad dan perlu naik mahkamah pagi ni.
.
Pegawai Polis : oo mcm tu biasala en sekrang ni macam macam orang nak guna data peribadi kita. en bagi nama penuh dan ic saya nak buat semakan en mengenai kes ni.
.
Fairul : sy fairul iskandar dan no ic saya ( sy bagi no ic salah ) itu maklumat sy la ..
.
Pegawai Polis : ya en fairul untuk makluman en fairul selepas kami semakl en ada tunggakan dan saman mahkamah.
.
Fairul : aik mcm mana en tahu sy ada tunggakan dan semakan mahkamah?
.
Pegawai Polis : Sy semak la.
.
Fairul : oo mcm tu .. ( terfikir ini tipu ni takan polis ada detail kita ) .. Tuan apa nama tuan ..
.
Pegawai Polis : ASP Nazlan Abd Wahab..
.
Fairul : Tuan mcm ni la sy minta rayuan la jangan tangkap saya. sy pun tak tahu pasal kes ni
.
Pegawai Polis : jangan risau saya bantu dan en nak buat report polis online saya bantu sekarang..
.
Fairul : Report polis online ..
.
Pegawai Polis : ya online sekrang semua atas talian. bagi maklumat en nama penuh no ic dan alamat en sekarang dan no bank.
.
Fairul : aik en kan dah ada maklumat sy. dan kenapa nak no akaun bank plak..
.
Pegawai Polis : ini prosuder ..
.
Fairul : ( aku layan jer comfom scam ) ok en .. ( bg juga detail tipu )
.
Pegawai Polis : ok semua dah lengkap dan betul apa yg en bagi..
.
Fairul : oo betul ek. yakin betul kan.
.
Pegawai Polis : ya dah check betul ( laju nyer check )..sekarang saya sambungkan ke mahkamah tinggi untuk proses seterusnya ..
.
Fairul : Jap tuan.. Lama dah jadi polis .. sehari buat berapa tembakan .. lama buat kerja mcm ni ( diam dan terus sambung kat pegawai mahkamah )
.
Ya en sivabalan pegawai tinggi mahkamah yang hebat.. byk tipu orang.. scam ya hahahah ( terus letak phone ) hahah..
.
Moral : Saya dah call kawan di Public Bank dan tanya dan mereka kata itu scam dan minta saya hati hati.. dan sy call balik no mrk call 07 2212022 itu memang betul nombor mahkamah tapi pegawai mahkamah tu explain dah hampir beratus call semula nak kepastian. tp pihak mahkamah juga dah buat report polis krn mengunakan no mereka..
.
So pesanan saya hati hati kawan kawan.. kalau kita panik kita akan minta mereka bantu dan mereka akan minta bayaran pada kita.. pesanan dr pegawai mahkamah tu :
.
Setiap panggilan dr mahkamah bukan dengan talian dia kemukakan surat.
.
Tiada report polis online setahu saya..
.
Kesian pada mahkamah tinggi johor , Public Bank Berhad Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana kejahatan orang lain menggunakan nama mereka dan merosakan imej mereka..
.
So hati hati kawan kawan.. yang terkena .. apa pun jangan panik bila kena mcm ni..
.
Credit to Haris
from KDL http://ift.tt/2uoF4uI
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah
Anda sekarang membaca artikel Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/awas-teknik-penipuan-terkini-guna.html
0 Response to "Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah"
Catat Ulasan