Judul : Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid
link : Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid
Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid
Astro Awani |
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebaliknya pentadbir sekolah harus berperanan mewujudkan perpaduan dan menjaga sensitiviti kepelbagaian kaum.
“Semua jenis peraturan pekeliling dan urusan berkaitan sekolah ini tertakluk kepada peraturan dan pekeliling perkhidmatan sedia ada untuk semua sekolah.
"Semua jenis peraturan dan pekeliling urusan sekolah telah tertakluk pada pekeliling kementerian sedia ada, jadi pentadbir sekolah tidak boleh buat sesuatu perkara lebih dari apa yang telah ditetapkan.
"Mereka (pentadbir sekolah) tidak boleh buat peraturan sendiri sebaliknya perlu merujuk dengan pihak kementerian dahulu jika hendak melakukan sesuatu," kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap pada petang Jumaat.
Tambahnya, isu tersebut telah diselesaikan di peringkat jabatan.
Pada khamis, sebuah portal media melaporkan sebuah sekolah rendah di Hulu Langat, Selangor mengamalkan dasar mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam.
Isu tersebut turut mendapat perhatian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan tindakan itu sebagai bersifat perkauman di samping mendorong salah faham terhadap kaum lain.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2uvGbZB
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid
Sekianlah artikel Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/asing-gelas-tidak-ikut-pekeliling.html
0 Response to "Asing gelas tidak ikut pekeliling - Mahdzir Khalid"
Catat Ulasan