Judul : Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib
link : Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib
Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Arab Saudi memilih Malaysia sebagai negara pertama menjayakan projek perintis prapelepasan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengecualikan jemaah daripada perlu melalui pemeriksaan pasport dan kastam setiba di Jeddah dan Madinah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek antara kedua-dua kerajaan ini akan dilancarkan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuh penerbangan terakhir membawa jemaah negara pada musim haji tahun ini, bermula hari ini (Khamis) hingga Ahad.
"Apabila jemaah haji kita sampai di Jeddah dan Madinah, mereka akan terus keluar dari lapangan terbang tanpa perlu menjalani pemeriksaan pasport dan kastam.
"Kita harap, dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi, mungkin projek ini juga dapat diteruskan untuk jemaah haji akan datang dan juga umrah tahun ini. Projek perintis ini merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia," katanya.
Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Khamis.
Turut hadir, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah 30,200 orang tahun ini, bertolak secara berperingkat ke Tanah Suci bermula 24 Julai lepas dan mereka dijadual pulang ke tanah air mulai 7 Sept hingga 4 Okt.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2ivtMiz
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib
Sekianlah artikel Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/arab-saudi-pilih-malaysia-untuk-projek_25.html
0 Response to "Arab Saudi pilih Malaysia untuk projek perintis prapelepasan jemaah haji - Najib"
Catat Ulasan