Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?

Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ? - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?
link : Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?

Baca juga


Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?

JIKA tidak kerana pendedahan akhbar Cina sekali pun, sebarang anugerah ‘kecemerlangan’ yang diterima pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang sangatlah meragukan.

Bukan mahu menafikan kerja keras warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengurus tadbir, tetapi perkara itu dapat dilihat dari sekian ba­nyak isu yang gagal diselesaikan kedua-dua PBT berkenaan.

Ambil contoh mudah bencana banjir kilat yang setiap kali hujan lebat walaupun hanya untuk tempoh beberapa jam.

Isu ini bukan sahaja gagal diselesaikan seperti dijanjikan Kerajaan DAP Pulau Pinang le­bih lapan tahun lalu.

Malah semakin buruk saban tahun sehinggakan penduduk di kawasan yang tidak pernah ditenggelami banjir sebelum ini juga hari ini menjadi mangsa.

Sudah pasti, bencana ini ada kaitan dengan dasar, peraturan dan pemantauan PBT khusus­nya melibatkan kelulusan projek-projek pembangunan di kawasan berisiko seperti di lereng bukit atau kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Masalah kesesakan lalu-lintas yang semakin tidak terkawal juga patut dijadikan kriteria sebelum menentukan cemerlang atau tidak sesebuah PBT.

Hakikatnya di kebanyakan kawasan di pusat bandar Georgetown, kesesakan lalu-lintas kini boleh berlaku pada bila-bila masa, bukan hanya ketika waktu puncak atau ketika cuti umum.

Setakat ini penyelesaian mudah yang diambil PBT adalah menukar arah lalu-lintas di kawasan ter­tentu dari dua hala kepada sehala yang jelas tidak membantu.

Isu kesesakan ini juga berkait dengan sistem letak kenderaan yang tidak sistematik.

Penggunaan kupon tidak lagi relevan kerana kesukaran kepada pengguna untuk mendapatkannya.

Akhirnya mereka tiada pilihan dan meletakkan kenderaaan sesuka hati sekali gus memburukkan lagi masalah kesesakan.

Jika tidak salah, sistem berkupon ini sepatutnya sudah lama dihapuskan kerana mengikut kerajaan negeri pelaksa­naannya hanya untuk sementara.

Tetapi sehingga kini, sistem kupon ini terus diguna pakai walaupun langsung tidak mesra pengguna dan membazir.

Isu penjaja sehingga kini juga masih menjadi pertikaian ba­nyak pihak.

Penulis tidak mahu menyentuh mengenai dakwaan tindakan berpilih atau dwi standard ke atas kawasan penjaja Melayu atau Cina.

Tetapi jika penguat kuasa membuka mata terhadap perkara ini, maka mereka boleh mengetahui kumpulan penjaja mana dan di kawasan mana yang sering menyebabkan kesesakan kerana berniaga sehingga ke kaki jalan.

Daripada berbangga dengan pengiktirafan antarabangsa, adalah lebih baik jika PBT negeri ini memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah-masalah ini.

Kerana pada akhirnya mereka berkhidmat untuk menyelesaikan masalah rakyat sebagai pembayar cukai, bukan berharap pujian antarabangsa apatah lagi perlu membayar pula untuk pengiktirafan itu.

Mohd. Khuzairi Ismail
Utusan
from PenangKini http://ift.tt/2wgb8x4
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?

Sekianlah artikel Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ? dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/apa-guna-anugerah-antarabangsa-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa guna anugerah antarabangsa jika masalah tak selesai ?"

Catat Ulasan