ANUGERAH DESA PERDANA

ANUGERAH DESA PERDANA - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANUGERAH DESA PERDANA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANUGERAH DESA PERDANA
link : ANUGERAH DESA PERDANA

Baca juga


ANUGERAH DESA PERDANA

Syukur Alhamdulillah Kpg Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian menjadi Naib Juara Anugerah Desa Perdana 2017 utk kategori Kpg Tradisi. Juara ialah Kpg Baru Kemasik, Kemaman, Terengganu. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB DS Najib dan YB DS Ismail Sabri Menteri KKLW di Dwn Tun Razak 1, PWTC, KL petang Selasa 22/8/17. Saya dan Tn Hj On DO Pontian turut hadir bersama semua Ketua Kpg dan semua Tok Penghulu. 

YAB PM juga mengumumkan insurance khas kpd JKKK/JKKP/JKK Org Asli & Kad khas kpd JKKK/JKKP/JKKOA sbg pengiktirafan kepada kerja baik mereka selama ini untuk membangunkan kpg masing-masing.

Juara kategori Kpg Org Asli pula ialah Pengkalan Tereh, Sembrong, Johor. Logiknya sukar untuk dua kategori dimenangi oleh negeri yang sama. Sebelum ini Kpg Permatang Duku, Benut, Pontian pernah menjadi Juara Anugerah Desa Lestari peringkat kebangsaan. Kpg Puteri Menangis adalah kpg kedua yang berjaya dalam kawasan Pontian di peringkat nasional. Terbaik!

Naib Juara menerima hadiah rm50 ribu tunai dan rm250 ribu berbentuk projek. Saya menaja 3 buah bas penduduk Puteri Menangis utk hadir ke Majlis penting ini. Sempat makan tengahari bersama mereka di Auditorium Bgn UMNO, PWTC. Saya berpesan bahawa kita telah berusaha dan berdoa, maka bertawakallah kepada ketentuan Allah.

Anugerah Desa Cemerlang ADC peringkat Parlimen Pontian adalah acara tahunan yang akan diteruskan pada tahun ini. Hadiah juara ialah rm25 ribu tunai dan rm150 ribu projek. Kpg Puteri Menangis pernah menang ADC parlimen sebelum ini. Tok Penghulu sedang membuat senarai pendek 2 kpg terbaik peringkat mukim untuk finalist 10 kpg dari 5 mukim dalam kawasan parlimen Pontian.

Terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Kpg Puteri Menangis. Terima kasih juga kepada Dato Hasni dan semua jabatan yang terlibat. Terima kasih khusus kpd Tuan DO Hj On, Tok Penghulu Zulkifli, ketua kpg Hj Ahmadon, ketua cawangan Sdra Sapari dan KEMAS Daerah Pontian.

"Puteri tidak menangis lagi" (walau Naib Juara) sebab bukan mudah utk menang daripada 16,000 kpg di seluruh negara dan 22,000 kpg jika termasuk kpg rangkaian. Sesuatu yang menarik di kpg kita ada Sekolah Kebangsaan Seri Senang Hati. Teruskan senang hati dan jangan menangis lagi. Teruskan kecemerlangan kpg kita untuk selamanya, menjadi contoh terbaik kepada semua.

(Ahmad b Maslan 22/8/17)










from Datuk Ahmad Maslan http://ift.tt/2x9hrUv
By Info Melayu


Demikianlah Artikel ANUGERAH DESA PERDANA

Sekianlah artikel ANUGERAH DESA PERDANA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANUGERAH DESA PERDANA dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/anugerah-desa-perdana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ANUGERAH DESA PERDANA"

Catat Ulasan