‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat

‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat
link : ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat

Baca juga


‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat


KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Keceluparan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi terus mendapat bantahan masyarakat umum dan pemimpin politik.

Tindak tanduk Zahid itu mendorong Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Laporan itu dibuat menamakan Zahid dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Mohd Yazid Ramli melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi dengan berkongsi dan memaparkan butiran bekas perdana menteri itu.

Zulhazmi ditemani tiga wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu dan Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP, Muhammad Shakir Ameer Mohideen.

Zahid dalam ucapan penutup Mesyuarat UMNO Kelana Jaya seperti dilapor media kelmarin  mendedahkan nama tokoh negarawan itu dalam Kad Pengenalan Biru ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.

Zahid juga dilihat cuba merendah-rendahkan dan menghina susur galur keturunan tokoh negarawan itu dengan berkata “Patut lah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty.”

“Kenyataan Zahid bersifat perkauman, jadi saya fikir penyokong BN sepatutnya tiada masalah menyokong cadangan menggubal akta itu selepas episod ini,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lip Eng lapor Free Malaysia Today.

DAP juga melalui Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching semalam meminta satu usul tergempar Parlimen dibuat supaya kerajaan memberi justifikasi terhadap tindakan Zahid tersebut.

Menurut beliau, walaupun Zahid juga memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, beliau tidak berhak mendedahkan maklumat peribadi sesiapa yang terdapat dalam kad pengenalan dan perlu menghormati data peribadi seseorang.

Zahid perlu minta maaf

Bantahan terhadap Zahid berlarutan hingga ke hari ini apabila Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) mengadakan bantahan secara aman di luar pintu masuk bangunan Parlimen.

Kumpulan sekitar 20 pemuda itu mendesak Zahid membuat permohonan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana “menghina” tokoh negarawan tersebut.

Ketua ARMADA Wilayah Persekutuan Zahin Zainal berkata, selain membangkitkan soal keturunan, Zahid juga tidak wajar menyebarkan maklumat palsu mengenai susur galur Tun Mahathir.

“Timbalan perdana menteri tergamak menuduh Dr Mahathir menggunakan orang Melayu untuk kepentingan peribadi,” katanya memetik laporan Malaysiakini. – Roketkini.com


from KDL http://ift.tt/2vdlNfh
By Info Melayu


Demikianlah Artikel ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat

Sekianlah artikel ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/anak-lelaki-iskandar-kutty-cetus-reaksi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat"

Catat Ulasan