Judul : Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M
link : Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M
Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M
Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin berkata, ia bertujuan menghalangnya bertanya soalan sukar kepada Dr Mahathir.
SHAH ALAM: Seorang ahli PPBM mendakwa kerusi dan suar yang dilemparkan pada forum Nothing to Hide 2.0 bukannya menyasarkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang juga ahli jawatankuasa PPBM Shah Alam berkata, kekecohan yang tercetus Ahad lalu sebenarnya ditujukan kepadanya.
Beliau berkata, ia bertujuan menghalangnya daripada bertanya soalan sukar kepada pengerusi PPBM itu.
“Syed Saddiq kata kerusi dilontar ke arah Dr Mahathir,” katanya merujuk Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Itu tidak betul. Sebenarnya ia ditujukan kepada saya, salah satu objek itu jatuh di depan saya,” katanya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, petang tadi.
Terdahulu, beliau membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap penganjur dan pasukan keselamatan forum itu.
Beliau mendakwa mereka membahayakan keselamatan hadirin dengan memberi contoh sebuah kerusi dibaling dari tingkat 2 Dewan Raja Muda Musa.
“Jika kerusi itu terkena kepala seseorang, orang itu mungkin mati.”
Ditanya kenapa serangan itu menyasarkannya, katanya, beberapa bulan lalu beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Dr Mahathir.
Dalam laporan itu, beliau meminta SPRM menyiasat kekayaan keluarga bekas perdana menteri.
“Saya kecewa tidak dapat mengemukakan soalan kepada Dr Mahathir. Saya sepatutnya berbuat demikian selepas Taufik, tetapi seseorang membaling kerusi ke arah saya.”
Beliau merujuk bekas exco Pemuda PPBM, Taufik Abas yang bertanya peristiwa Memali meragut 18 nyawa, termasuk 4 anggota polis dalam pertempuran pasukan keselamatan dengan penduduk kampung yang mempertahankan Ibrahim Mahmud, seorang guru agama tidak disenangi pihak berkuasa ketika itu.
Ketika Dr Mahathir menjawab soalan itu, satu botol air dilontar ke arahnya. Anggota keselamatan segera berkumpul di sekitarnya ketika seseorang membaling sebuah kerusi yang nampaknya menyasarkan lelaki berusia 92 tahun itu.
Kekecohan tercetus dengan lebih banyak dilontarkan, termasuk 2 suar. Satu daripadanya menyasarkan pentas dan satu lagi ke arah tempat duduk pengamal media.
Sementara itu, Wan mendesak Syed Saddiq meletak jawatan kerana gagal memastikan keselamatan ahli akar umbi PPBM.
Syed Saddiq ketika dihubungi FMT berkata, Wan boleh memilih seseorang untuk mencabarnya pada pemilihan parti.
“Saya mengalu-alukannya. Kami sebuah parti demokratik. Tetapi buat masa ini, tumpuan saya hanya untuk memenangi pilihan raya umum ke-14, demi menyelamatkan negara tercinta.”
Beliau turut menasihatkan Wan tidak berbohong mengenai perkara yang berlaku pada forum Nothing to Hide 2.0, Ahad lalu.
“Suar dilemparkan ke arah Dr Mahathir. Begitu juga kerusi dan selipar.
“Dan Dr Mahathir menjawab 8 soalan sensitif, daripada soalan membabitkan (ketua pembangkang dipenjarakan) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mereka yang prihatin terhadap hubungannya dengan DAP, juga peristiwa Memali.
“Jadi, kenapa kami mahu menyekat Wan daripada bertanya soalan?” soal Syed Saddiq.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2wPI1C8
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M
Sekianlah artikel Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/ahli-ppbm-dakwa-kerusi-sasarkan-beliau.html
0 Response to "Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M"
Catat Ulasan