Judul : 90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu
link : 90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu
90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu
PULAU PINANG 13 Ogos – Hampir 90 peratus calon parti Gerakan negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah muka baharu yang belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.Perkara itu disahkan Pengerusi Gerakan negeri, Teng Chang Yeow (gambar) yang menambah, keputusan tersebut sejajar dengan usaha parti membawa perubahan sebenar dalam landskap politik negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau, kesemua calon itu juga sudah dikenal pasti dan akan dimuktamadkan selepas mendapat kebenaran daripada Gerakan Pusat.
“Sebahagian besar calon ini juga adalah golongan muda yang selama ini begitu agresif mendekati pengundi dan menjadi suara rakyat dalam menyuarakan kepincangan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri ditemui pemberita selepas Persidangan Perwakilan Gerakan negeri di sini hari ini yang dirasmikan Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Sementara itu, ketika berucap dalam persidangan tersebut, Chang Yeow berkata, Gerakan berada pada landasan yang tepat untuk mendapatkan semula keyakinan penduduk negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, perkara itu bukan disebabkan politik kotor termasuk fitnah seperti yang dimainkan pembangkang, tetapi kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang semakin hari semakin jelas kelihatan oleh rakyat.
from PenangKini http://ift.tt/2vARPPW
By Info Melayu
Demikianlah Artikel 90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu
Sekianlah artikel 90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/90-peratus-calon-gerakan-pulau-pinang.html
0 Response to "90 peratus calon Gerakan Pulau Pinang muka baharu"
Catat Ulasan