Judul : Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok
link : Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok
Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok
MIRI: Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Miri-Pujut di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Shirlime Raga, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman yang dialaminya.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.36 pagi.
Menurutnya, sejurus menerima laporan insiden, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih telah merempuh sebatang pokok di bahu jalan berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu, namun mangsa tidak tersepit," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uUS9ep
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok
Sekianlah artikel Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/wanita-maut-kereta-dipandu-rempuh-pokok.html
0 Response to "Wanita Maut, Kereta Dipandu Rempuh Pokok"
Catat Ulasan