Judul : Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran
link : Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran
Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran
TEMERLOH: Seorang pemandu jengkaut cemas apabila jentera berat dikendalikannya terbakar selepas bahagian ‘lengan’ kenderaan itu tersangkut pada kabel elektrik dalam kejadian di Kampung Nasi, Lanchang, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 5. 30 petang itu, mangsa Abdul Rauf Muhammad, 25, dari Kampung Mempatih, Lanchang, tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri.
Katanya, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menjalankan kerja membersihkan tanah di ladang kelapa sawit berhampiran.
“Tiba-tiba, saya dengar percikan api dari arah belakang sebelum menyedari lengan jentera tersangkut kabel elektrik yang kendur.
“Sebaik menyedari keadaan itu, saya segera bawa kenderaan ke bahu jalan dan mematikan enjin sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.
Abdul Rauf berkata, dalam tempoh singkat percikan api mula merebak ke bahagian tayar belakang sebelum membakar bahagian lain.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Arshad Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.35 petang sebelum empat anggota dikerahkan ke lokasi.-myMetro
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2tHKII9
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran
Sekianlah artikel Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/terbakar-sentuh-wayar-berkaran.html
0 Response to "Terbakar 'Sentuh' Wayar Berkaran"
Catat Ulasan