Judul : Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh
link : Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh
Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh
LOS ANGELES -- Seorang anggota tentera darat Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah persekutuan atas tuduhan menyokong kumpulan pengganas Daesh, lapor agensi berita Xinhua.
Sarjan Ikaika Erik Kang ditahan pada 8 Julai lepas, didakwa cuba memberikan sokongan berbentuk material dan latihan kepada anggota Daesh.
Tertuduh bertugas sebagai pengawal trafik udara tentera Divisyen Infantri ke-25, berpangkalan di Schofield Barracks di Honolulu, Hawai.
Menurut laporan Hawaii News Now, Kang berdepan empat pertuduhan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Dokumen siasatan FBI mengatakan tertuduh dikatakan turut mahu bertindak menggunakan senapang dan membunuh "sekumpulan orang."
Peguam mewakili Kang berkata, tertuduh berada di dalam keadaan tertekan dan menderita gangguan emosi akibat trauma selepas ditugaskan beberapa kali ke zon peperangan.
Kang sebelum ini, pernah bertugas di Iraq pada 2010 dan berkhidmat di Afghanistan pada 2014.-- BERNAMA
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uS1Om8
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh
Sekianlah artikel Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/tentera-amerika-syarikat-mengaku-tidak.html
0 Response to "Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh"
Catat Ulasan