Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda

Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda, Artikel Sport, Artikel Suka Makan Ayam Masak Hainan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda
link : Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda

Baca juga


Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda


Boleh anda meneka berapa umur pemuda ini? Sekali pandang – memiliki bentuk badan sasa, wajah yang kacak serta senyuman yang menggoda, pasti ramai berpendapat bahawa jejaka ini berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Tetapi tahukah anda usia sebenar lelaki tampan berasal dari Singapura ini adalah 50 tahun! Tidak percaya, bukan?

Chuando Tan yang merupakan seorang jurugambar tersohor di Singapura mula menjadi buah mulut dalam kalangan pengguna media sosial selepas muncul dalam satu iklan di laman sesawang media Cina Yidian Zixun pada Sabtu lepas.

Wajahnya yang tampan dan muda dari usia sebenarnya membuatkan netizen seolah mula ‘dipanah asmara’, malah difahamkan laman Instagramnya yang sebelum ini memiliki 170,000 pengikut kini sudah mencecah lebih 214,000 pengikut.

Memetik portal Straits Times, Chuando merupakan bekas model terkenal pada era 80an dan 90an, pernah mencipta nama sebagai penyanyi pop Mandarin sebelum melakar nama sebagai jurugambar bereputasi tinggi di Singapura pada 1996.

Beliau juga mempunyai agensi model tersendiri.

Ketika temu bual bersama portal itu pada tahun 2001, Chuando mengakui bukan mudah untuk beliau menembusi bidang fotografi.

Namun, segala kesukaran itu berjaya dibuktikan apabila Chuando berpeluang bekerjasama dengan selebriti Asia seperti Rosamund Kwan dan Shu Qi.

Bahkan, hasil kerja dan gambar-gambar yang diambil oleh Chuando penah dikeluarkan dalam majalah antarabangsa seperti Muse, Numero Muse, Numéro & Numéro Homme L’Officiel & L’Officiel Hommes, Harper’s Bazaar, serta Elle.

Apa rahsia Chuando kekal muda? Lelaki yang mempunyai ketinggian 1.85 meter (m) itu pernah mengakui bahawa beliau amat mementingkan aspek kesihatan semasa menjadi model dan berkongsi beberapa petua untuk memastikan beliau sentiasa sihat dan kekal muda.

Menurut Chuando, beliau elak mandi lewat malam atau awal pagi dan gemar makan ayam masak ala Hainan setiap hari, selain melakukan rutin senaman dan berenang.

Masih bujang atau sudah berkahwin? Mengenai perkara itu kami minta maaf kerana setakat ini tidak dilaporkan oleh mana-mana media. - MalaysianDigest


from SARAWAKIANA http://ift.tt/2vEIpmd
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda

Sekianlah artikel Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/suka-makan-ayam-masak-hainan-rahsia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda"

Catat Ulasan