Judul : Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut
link : Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut
Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut
WASHINGTON: Racun serangga kontroversi endosulfan yang diharamkan di lebih 80 negara bertanggungjawab ke atas kematian 13 kanak-kanak di Bangladesh pada 2012, berdasarkan satu kajian semalam.
Menurut Jurnal Perubatan Tropika dan Kebersihan Amerika, kematian itu disebabkan pendarahan otak yang dikaitkan kerana terdedah kepada buah laici.
Katanya, semua mangsa mati dalam tempoh 20 jam selepas gejala berkenaan mula dikesan.
Selain itu, kematian sama akibat sindrom encephalitis akut (AES) turut direkodkan di beberapa ladang laici di India, namun satu analisis diterbitkan jurnal The Lancet melaporkan kematian disebabkan toksin semula jadi dalam biji dan pulpa buah itu.
Namun, penulis kajian baharu itu berkata, kematian di Bangladesh tiada kaitan dengan buah laici.
"Siasatan kami mencadangkan, biji laici mungkin bukan punca kerana ia tidak dimakan di Bangladesh, sebaliknya mendapati kematian pada 2012 ini kemungkinan besar akibat terdedah kepada pelbagai bahan kimia pertanian yang amat toksik," kata ketua penulis kajian, M Saiful Islam.
Saiful juga adalah seorang penyelidik di Pusat Penyelidikan Penyakit Cirit Birit Antarabangsa.
"Kematian berlaku ketika buah laici dituai dan dimakan di seluruh Bangladesh. Jika bijinya menjadi punca, pasti lebih banyak kes sama berlaku di seluruh negara ini, bukan di kawasan tertentu sahaja." - AFP
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uS6vwx
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut
Sekianlah artikel Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/racun-serangga-punca-13-kanak-kanak-maut.html
0 Response to "Racun serangga punca 13 kanak-kanak maut"
Catat Ulasan