Judul : PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot
link : PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot
PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot yakin Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan besar sekali lagi pada Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang sekiranya beliau dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Serian.
Namun katanya, keputusan untuk mencalonkan beliau semula atau tidak adalah terletak di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN, petik laporan The Borneo Post.
"Sesiapa yang menjadi calon di kerusi Serian akan diputuskan oleh Perdana Menteri. Sama ada saya dicalonkan semula atau tidak, ia terpulang kepada beliau.
"Tetapi saya berharap, demi kesinambungan pembangunan BN, saya akan diberi peluang untuk mempertahankan kerusi ini. Saya sudah berusia 66 tahun, tetapi saya masih mampu untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Serian," katanya
Beliau turut menyeru penduduk di Serian untuk terus menyokong BN dalam PRU14 yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi.
"Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh pilihan raya. Tetapi saya tahu sekolah, guru dan pegawai kerajaan telah mengadakan latihan untuk menghadapi pilihan raya, " ujarnya.
Riot telah menjadi Ahli Parlimen Serian selama enam penggal berturut-turut sejak memenangi pilihan raya pada tahun 1990 sebagai calon Bebas walaupun ketika itu beliau merupakan ahli PBDS.
Beliau kemudianya menyertai SUPP pada 1 Mei 1993 dan sejak daripada itu beliau menjadi calon BN menerusi tiket SUPP dan memenangi majoriti besar dalam lima pilihan raya berikutnya.
Pada pilihan raya umum 2013, beliau memenangi 13,151 undi di kawasan majoriti Bidayuh ini, dan seterusnya dilantik ke portfolio terkini selepas pilihan raya. - Sarawakiana
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uUd3u0
By Info Melayu
Demikianlah Artikel PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot
Sekianlah artikel PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/pru14-saya-yakin-menang-sekali-lagi-riot.html
0 Response to "PRU14 : Saya Yakin Menang Sekali Lagi - Riot"
Catat Ulasan