PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14

PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14 - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14
link : PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14

Baca juga


PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14

Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun berkata, ia hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Biar kita menang dahulu, menang pilihan raya dahulu. Kita akan siasat semuanya, seperti 1MDB. Kenapa kerajaan kini hanya fokus kepada isu forex setelah sekian lama.

“Kita akan buat apa yang negara perlukan. Mahathir sendiri ada nyatakan mengenai siasatan bebas. Saya setuju lakukannya,” katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.

Isnin lalu, Otai Reformis 1998 menolak kepimpinan Dr Mahathir dalam PH atau sebagai menteri dan penasihat kerajaan jika gabungan pembangkang itu memenangi PRU14.

Kumpulan aktivis reformasi itu juga menuntut PH menyenaraikan penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Dr Mahathir dalam manifesto PRU14 mereka.

Malah, ahli Otai Reformis yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti komponen PH perlu melepaskan jawatan disandang mereka dalam gerakan itu.

Saari Sungib turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Otai Reformis 1998 dan Abdul Razak Ismail meletakkan jawatan setiausaha kumpulan itu kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam PH.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah mengakui masih wujud perselisihan pendapat dalam kalangan penyokong dan akar umbi parti itu berhubung penyertaan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang itu.

“Namun, kami 4 parti ini setuju Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan. Mereka boleh setuju dan tidak bersetuju, tetapi kita harus terus melihat ke depan,” katanya.- FMT

from PenangKini http://ift.tt/2vKS4rk
By Info Melayu


Demikianlah Artikel PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14

Sekianlah artikel PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14 dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/ph-akan-tubuh-suruhanjaya-siasat-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14"

Catat Ulasan