Judul : Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN
link : Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN
Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN
BINTULU: Konsep perkongsian kuasa antara parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu terus dikekalkan bagi memastikan sokongan padu diberikan kepada BN.
Memetik laporan Utusan Borneo, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ahli parti tersebut juga perlu mengekalkan konsep berkenaan pada bila-bila masa.
Malah menurutnya, konsep perkongsian kuasa juga sentiasa menjadi prinsip dan panduan dalam PDP.
Beliau menambah, PDP juga menghargai konsep perkongsian kuasa kerana ia lebih realistik dalam trend politik bukan sahaja di Sarawak malah seluruh negara.
“Perkara itu turut ditekankan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam ucapannya pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersama Ketua Menteri di sini,” katanya.
Beliau mengingatkan ahli parti agar mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum dengan ahli parti komponen BN termasuk masyarakat berbilang kaum di
bahagian ini.
Tiong juga meminta semua ahli parti bekerjasama dengan parti komponen BN lain memastikan kemenangan calon BN dengan meraih undi besar pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.-Sarawakiana
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uXxwxR
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN
Sekianlah artikel Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/perkongsian-kuasa-beri-kekuatan-kepada.html
0 Response to "Perkongsian Kuasa Beri Kekuatan Kepada BN"
Catat Ulasan