NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri

NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Jangan Hanya Pentingkan Diri, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel NGO Perlu Sokong Kerajaan, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri
link : NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri

Baca juga


NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu badan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha meneruskan kemakmuran dan kemajuan di negara ini.

Sambil menyatakan keazaman untuk terus membawa kemajuan kepada Malaysia, beliau berkata kerajaan memerlukan dukungan pelbagai pihak untuk melaksanakan pelbagai agenda pembangunan negara.

“If you (NGO) with me, support me all the way (Jika anda (NGO) bersama saya, sokong saya berterusan), insyaAllah Malaysia akan jadi sebuah negara yang makmur dan lebih berjaya di persada antarabangsa,” katanya pada majlis jamuan “Solidariti Bersama Perdana Menteri” anjuran Persatuan Amalan Minda Cergas Malaysia (AMC) di sini malam tadi.

Beliau menjadikan kejayaan projek MRT yang telah siap sebagai bayangan kepada banyak lagi kemajuan yang bakal dinikmati rakyat pada masa depan.

Perdana menteri berkata kejayaan yang dicapai sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun lalu adalah seiring dengan perpaduan yang terus kekal di negara ini.

“Kalau kita bekerjasama dan muafakat atas nama rakyat Malaysia, tidak ada ancaman atau cabaran yang tidak boleh kita atasi,” kata Najib.

Dalam pada itu, Najib mahu NGO di negara ini membuat sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat dan bukan sekadar memenuhi kepentingan sendiri.

Beliau berkata NGO, yang merupakan sektor ketiga terbesar selepas sektor awam dan swasta, mampu membantu mewujudkan sebuah negara yang tidak mementingkan kebendaan (materialisme) semata-mata.

“Saya percaya kita menjadi anggota NGO kerana nak menyumbang seperti nak tolong anak yatim, menjaga alam sekitar… we need to serve a bigger purpose in life than ourselves (kita perlu memenuhi matlamat lebih besar dalam kehidupan daripada diri kita sendiri).

“Jika kita tidak menghulurkan bantuan kepada orang lain, jadilah kita sebuah masyarakat yang mementingkan diri masing-masing,” katanya.-Bernama

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uXuN7L
By Info Melayu


Demikianlah Artikel NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri

Sekianlah artikel NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/ngo-perlu-sokong-kerajaan-jangan-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Perlu Sokong Kerajaan, Jangan Hanya Pentingkan Diri"

Catat Ulasan