Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion
link : Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Baca juga


Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion


LONDON – Jenama pereka fesyen terkemuka dunia, Michael Kors bersetuju untuk mengambil alih peruncit wanita mewah Jimmy Choo pada harga 896 juta pound (kira-kira hampir RM5 bilion).

Menurut laporan media antarabangsa, Datuk Jimmy Choo Yeang Keat, yang cukup terkenal dengan jenama kasut tumit tinggi dan aksesori bermutu, sebenarnya telah memutuskan untuk menjual jenamanya itu pada April lalu.

Ini selepas sebahagian besar pelabur JAB Holding Company berpusat di Luxembourg yang menguasai 68 peratus kepentingan terbesar dalam Jimmy Choo, dilaporkan mahu meningkatkan tumpuan terhadap barangan pengguna.

Jimmy Choo yang diasaskan pada 1996 oleh tukang kasut berasal dari Pulau Pinang, Malaysia itu dan rakannya, Tamara Mellon, mula terkenal apabila sepasang kasutnya pernah direka khas untuk mendiang Puteri Diana.

Di bawah perjanjian tersebut, Michael Kors akan membayar 230 pence (kira-kira RM13) secara tunai bagi setiap saham Jimmy Choo – iaitu premium 36.5 peratus berbanding harga saham sebelum proses penjualan diumumkan.

Michael Kors, yang juga pernah dikenali sebagai jenama paling tersohor bagi barangan mewah, terkial-kial untuk meraih keuntungan sejak kebelakangan ini dengan penjualan runict yang kian berkurangan di seluruh dunia.

Ia diburukkan lagi dengan jumlah pembeli yang kian merosot di rangkaian kedainya malahan ia merancang untuk menutup sehingga 125 buah premis premiumnya, manakala nilai sahamnya jatuh satu perlima sepanjang tahun ini.

Namun, bisnes Michael Kors yang diasaskan sejak 1981 dan berpusat di New York, Amerika Syarikat sudahpun diperluaskan kepada pakaian lelaki dan wanita, selain membuat pelaburan dalam perniagaan secara talian.

Proses pengambilalihan itu turut dipersetujui JAB bahkan Jimmy Choo tetap beroperasi di bawah pengurusan sama termasuk ketua eksekutifnya, Pierre Denis dan lebih 150 premisnya di seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uT3ewX
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Sekianlah artikel Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/michael-kors-beli-jenama-jimmy-choo-rm5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion"

Catat Ulasan