Judul : Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar
link : Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar
Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar
KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, berkata kerajaannya akan terus melaksanakan sekatan terhadap Qatar yang didakwa menyokong kegiatan keganasan, sekali gus mengenepikan usaha antarabangsa menamatkan krisis itu.
Bulan lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan perjalanan dengan Qatar, atas tuduhan Doha menyokong militan Daesh namun dinafikan negara itu.
"Mesir akan terus berpegang kepada keputusannya dan tidak akan berundur dalam isu ini," katanya pada satu persidangan belia di Alexandria, semalam.
Jumaat lalu, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, menyatakan kesediaan berdialog tetapi sebarang keputusan yang dibuat perlu menghormati kedaulatan negara itu.
Amerika Syarikat dan Jerman menggesa dialog diadakan, manakala Kuwait kini berusaha menyelesaikan krisis itu dengan bertindak sebagai orang tengah. - Reuters
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uvo2YK
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar
Sekianlah artikel Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/mesir-teruskan-sekatan-terhadap-qatar.html
0 Response to "Mesir Teruskan Sekatan Terhadap Qatar"
Catat Ulasan