Judul : MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun
link : MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun
MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jumlah kenderaan yang didaftarkan pada bulan Jun 2017, dan secara keseluruhannya, 50,275 buah kenderaan telah didaftar, dengan 45,339 daripadanya adalah kenderaan penumpang dan 4,936 adalah kenderaan komersial. Jika dibandingkan dengan bulan Mei 2017, jumlah keseluruhan ini hanya kurang 325 unit ataupun 0.6%.
Menurut MAA, antara penyebab kepada perkara ini adalah tempoh bekerja yang pendek kerana cuti musim perayaan, dan bagi bulan hadapan, catatan hampir sama mungkin akan berlaku tetapi kerana kelambatan dalam proses pendaftaran kenderaan akibat daripada liberalisasi insurans kenderaan bermotor.
Jumlah paling banyak dicatat oleh Perodua, dengan 17,821 buah kenderaan berjaya dijual dan ia kemudiannya diikuti oleh Honda 8,808 unit, Proton 7,225 unit, Toyota 3,707 unit dan Nissan 2,128 unit. Kedudukan seterusnya diperoleh oleh kenderaan mewah Mercedes-Benz dengan 1,211 buah kenderaan dan seterusnya BMW pada 925 unit.
Bagi kenderaan komersial, paling banyak didaftar pada bulan Jun adalah jenama Toyota, dengan catatan 1,623 buah, dan jumlah besar daripadanya datang daripada trak pikap, diikuti oleh Isuzu dengan 904 buah, Nissan 610 buah dan Ford 526.
Bagi jumlah keseluruhan kenderaan yang didaftarkan bagi tahun 2017, enam bulan pertama ini telah mencatat 255,749 buah kenderaan penumpang, manakala bagi kenderaan komersial, jumlahnya adalah 28,712 unit. Apabila dicampur, ia menjadi 284,461, dan jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun 2016, jumlah ini adalah 1.03% lebih tinggi. - Paultan
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2gYd7Ul
By Info Melayu
Demikianlah Artikel MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun
Sekianlah artikel MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/maa-jumlah-jualan-kenderaan-bulan-jun.html
0 Response to "MAA: Jumlah Jualan Kenderaan Bulan Jun Menurun"
Catat Ulasan