Judul : Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah
link : Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah
Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah
KUCHING: "Kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam menangani masalah penyakit anjing gila atau rabies di negeri ini," kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurut beliau, tindakan mempolitikkan isu itu adalah tidak wajar dan bersifat tidak adil pada ketika semua pihak berwajib berusaha keras untuk memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat terjamin.
"Keutamaan kita sekarang ialah menyelamatkan nyawa orang, tiada diskriminasi dalam memberi bantuan kepada mana-mana pihak," katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah menasihatkan agar masyarakat sedar tentang isu tersebut dan segera untuk mendapatkan rawatan di hospital sekiranya digigit anjing.
"Fokus utama kini adalah mengawal rabies daripada terus merebak," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). - Sarawakiana
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2tBxqsi
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah
Sekianlah artikel Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/jangan-politikkan-usaha-kerajaan.html
0 Response to "Jangan Politikkan Usaha Kerajaan Tangani Wabak Rabies - Uggah"
Catat Ulasan