Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli

Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli
link : Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli

Baca juga


Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli


Pengalaman dibuli rakan sebaya menjadi pembakar semangat kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Selayang, M Pavithran mengubah penampilan diri daripada seorang yang bertubuh kurus kering kepada ‘sado’.

Bagaimanapun, Pavithran berkata, keinginan bertubuh sasa itu bukan kerana insiden itu atau terpengaruh dengan trend semata-mata tetapi disebabkan pembabitan aktifnya dalam sukan wushu dan kini bina badan.

Pavithran berkata, demi mengekalkan bentuk badan, dia tiada pilihan kecuali menjaga disiplin terutama pengambilan makanan.

“Dulu saya kerap dibuli rakan ketika di sekolah hanya kerana kurus dan kecil berbanding mereka.

“Bukan setakat itu, saiz badan yang terlalu kurus juga mungkin antara sebab lawan menewaskan saya hingga tersingkir pada pusingan awal ketika menyertai kejohanan wushu peringkat kebangsaan ketika berumur 12 tahun.

“Sejak itu, saya tekad berubah dengan berlatih sepanjang tahun berikutnya selain ke gimnasium bagi melakukan senaman,” katanya yang juga anak sulung daripada tiga beradik.

Bercerita lanjut, Pavithran berkata, pada mulanya, dia malu untuk ke pusat gimnasium kerana saiz badannya yang terlalu kurus.

Namun, dia cuba ketepikan perasaan itu demi menebus kekecewaan kerana tersingkir awal pada kejohanan lalu.

“Ikutkan hati memang malu dan rasa rendah diri teramat sangat untuk ke pusat gimnasium lebih-lebih lagi apabila melihat orang lain yang semuanya berbadan sado.

“Akan tetapi, saya kuatkan semangat untuk bangkit daripada kekalahan meskipun pernah juga hampir putus asa kerana tertekan.

“Akhirnya , saya beroleh kemenangan dan lebih istimewa apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan wushu peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut sehingga tahun lalu,” katanya yang gemar menyediakan makanan masakan sendiri di rumah.

Selepas melakar kejayaan dalam sukan wushu, dia kini berazam untuk cemerlang dalam bidang bina badan yang baru diceburinya pada tahun ini.

Buat masa ini, Pavithran tidak mengharapkan kemenangan tetapi gemar mengambil bahagian dalam kejohanan untuk menimba pengalaman.

“Kali pertama menyertai pertandingan bina badan adalah sekitar Mei lalu namun penyertaan saya itu lebih untuk mencari pengalaman.

“Disebabkan itu, saya tidak kecewa walaupun tewas kerana bukan mudah mendapat peluang bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam pertandingan berkenaan.

“Malah, saya juga tidak serik bertanding lagi dan kini membuat persediaan untuk menyertai pertandingan berkenaan pada September dan Oktober nanti ,” katanya.

Menurut Pavithran, walaupun jadual harian padat dengan sesi persekolahan dan latihan pada sebelah malam hingga hujung minggu, dia tetap meluangkan masanya untuk melatih rakan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti bina badan.

Katanya, khidmat nasihat dan bimbingan itu ditawarkan secara percuma tanpa mengenakan caj kepada mereka.

“Kini, banyak perkara yang boleh mempengaruhi remaja termasuk saya dan rakan sebaya terjabak dengan aktiviti tidak sihat.

“Bagi mengelak ia terjadi, saya ajak rakan yang berminat ke pusat gimnasium. Sekurang-kurangnya mereka tidak membuang masa dengan melepak, merempit atau berfoya-foya,” katanya yang mahu menyambung pengajian dalam jurusan sains sukan selepas tamat persekolahan nanti.-myMetro

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2eJS4nB
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli

Sekianlah artikel Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/jadi-sado-selepas-kerap-dibuli.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jadi Sado Selepas Kerap Dibuli"

Catat Ulasan