Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno

Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno
link : Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno

Baca juga


Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno

 
Pengarah Strategi Amanah itu berkata ketua pemuda Umno sedar siapa pengkhianat parti dan negara jika beliau seorang patriot.


Amanah's-Dr-Dzulkefly-Ahmad

PETALING JAYA: Dr Dzulkefly Ahmad menyeru Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencabar “bosnya” jika beliau seorang patriot dan setia kepada parti.

Merujuk kritikan Khairy terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang sanggup mengkhianati parti demi kuasa, pengarah strategi Amanah itu berkata satu-satunya orang yang mengkhianati Umno ialah penyandang jawatan presiden sekarang.

“Tindakan Khairy menuduh Pakatan Harapan ‘gila kuasa’ benar-benar tak tentu arah dan tidak munasabah. Menuduh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim mengkhianati Umno demi kuasa untuk diri mereka, jelas tidak mengikut rekod sejarah.

“Ia juga secara tidak sengaja berbalik kepada bosnya,” kata Dzulkefly, merujuk kepada presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, selepas melancarkan mesyuarat Umno Bahagian Kepala Batas, Khairy terus menyerang barisan kepimpinan PH.

“Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim bekas pemimpin Umno dan kini mereka dalam usaha memecahkan Umno dan orang Melayu.

“Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan,” kata Khairy lapor Bernama.

Dzulkefly juga mencabar Khairy untuk menyelamatkan Umno dengan melawan Najib.

“Jika beliau benar-benar mencintai dan tidak mahu mengkhianati partinya, beliau mesti melawan Najib, sekarang. Itu tindakan seorang negarawan cemerlang dan patriot tulen.”

Malah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan individu lain meninggalkan Umno untuk membantu usaha membetulkan “pengkhianatan parti dan negara”.

“Oleh itu, menuduh Pakatan Harapan sebagai gila kuasa bunyinya tidak jujur dan memburukkan diri sendiri.

“Telatah Khairy bagaimanapun boleh difahami, kerana beliau dipersalahkan kerana tidak mempertahankan bosnya, oleh itu, beliau tergopoh-gapah untuk menunjukkan sebaliknya,” kata Dzulkefly.

“Namun, itu tidak mewajarkan beliau bertindak secara melulu dan merendahkan dirinya ke tahap kesalahan Jamal Yunos yang mahu menggantikan beliau.”


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vB5c2w
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno

Sekianlah artikel Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/dzulkefly-cabar-khairy-lawan-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dzulkefly cabar Khairy lawan Najib untuk selamatkan Umno"

Catat Ulasan