Judul : Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid
link : Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid
Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid
Keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno tidak perlu dikesali kerana situasi itu lebih baik untuk parti, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, walaupun Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, namun tindakannya menyerang Umno sejak 2 tahun kebelakangan ini adalah perbuatan amat teruk.
“Kalau dia kata tak nak masuk (Umno) pun eloklah. Kita tidak rasa kesal langsung dengan (pendirian) itu,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Marang hari ini.
Semalam, Dr Mahathir melalui sebuah video klip yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook berkata, beliau tidak akan kembali semula kepada Umno, walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri dengan dakwaan parti itu sudah jauh tersasar dari matlamat asalnya.
Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan menjadi ancaman pada pilihan raya umum ke-14, Mahdzir berkata, ia bukanlah perkara baharu untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Umno dan BN telah berdepan 13 pilihan raya. Dahulu pembangkang hanya PAS, kemudian bergabung dalam Barisan Alternatif, seterusnya Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Rakyat yang akan menilai jasa kita selama 60 tahun ini,” katanya.
from PenangKini http://ift.tt/2v87iJL
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid
Sekianlah artikel Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/dr-m-tak-kembali-ke-umno-lebih-baik.html
0 Response to "Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid"
Catat Ulasan