Judul : Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal
link : Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal
Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal
KUALA KANGSAR – Seorang warga Kemboja dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh hutan simpan kekal dan mencuri kayu gaharu pada Jun lalu.
Tertuduh Than Neak berumur lingkungan 30-an mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kemboja di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti atas mana-mana tanah dalam kawasan hutan simpan kekal tanpa suatu permit penggunaan di Hutan Simpan Bintang Hijau kira-kira 5 petang, 15 Jun lepas (2017).
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 32 (1) dan (2) Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Perak S. Punita manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia mendakwa mengikut abang iparnya memasuki hutan itu dan tidak mengetahui tentang aktiviti itu.
Punita pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh membabitkan kehilangan hasil perhutanan negara. – BERNAMA
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2vAKhg1
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal
Sekianlah artikel Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/dipenjara-12-bulan-ceroboh-hutan-simpan.html
0 Response to "Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal"
Catat Ulasan