Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri

Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Dakwa ditendang dan ditampar guru, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel rupanya terjatuh sendiri, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri
link : Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri

Baca juga


Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri



TAWAU, SABAH – Murid perempuan tahun empat yang mendakwa cedera akibat ditendang dan ditampar oleh gurunya pada 10 Julai lalu, sebenarnya terjatuh sendiri ketika membeli makanan di luar kawasan sekolah, lapor Berita Harian.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan pihaknya mendapati murid terbabit mereka cerita kerana bimbang dimarahi oleh ibu bapanya sekiranya mereka mendapat tahu kejadian yang sebenar.


Dalam siasatan polis, keterangan semua saksi termasuk rakan sekelas murid terbabit juga konsisten menyatakan guru lelaki yang didakwa itu sebenarnya tidak melakukan apa-apa terhadap kanak-kanak berkenaan.




Ekoran itu, ibu murid berkenaan telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 10 Julai lalu selain meminta polis tidak meneruskan siasatan.


“Pengadu juga telah memohon maaf kepada guru terbabit dan pihak sekolah.


“Timbalan Pendakwa Raya (TPR) juga mengambil keputusan kes berkenaan tidak diteruskan,” katanya.


Terdahulu, murid terbabit mendakwa dia telah ditendang dan ditampar oleh guru sekolahnya kerana lewat masuk kelas.




Ibu murid berkenaan kemudian membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit pada bahagian kaki kiri dan tidak dapat berdiri.


Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kesan retak pada buku lali mangsa. Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

from PenangKini http://ift.tt/2v0IvXw
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri

Sekianlah artikel Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/dakwa-ditendang-dan-ditampar-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri"

Catat Ulasan