Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul

Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul
link : Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul

Baca juga


Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul





Seperti dimaklumi, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas, telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri kepada 1,481 penerima bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-79 TYT pada hari Sabtu, 22 Julai 2017 lalu.

Antara 14 penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang merupakan ahli seumur hidup DAP.


Saya bagaimanapun agak terkejut mendengar rakaman ucapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, di Rumah Terbuka dan Jamuan Aidil Fitri DAP di Bala’s Banana Leaf Restaurant, Bangsar, pada hari yang sama, Sabtu, 22 Julai 2017, yang menyebut mengenai penganugerahan DGPN kepada Datuk A Samad Said kerana Lim Kit Siang menyebut penganugerahan ini adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan oleh TYT.

Ucap Lim Kit Siang: “Thanks Dr Maszlee for all the, that he is appreciative of the Penang State Government’s conferment of Datuk Seri on our Sasterawan Laureate, Pak Samad”. (“Terima kasih kepada Dr Maszlee atas semua, bahawa beliau menghargai penganugerahan Datuk Seri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sasterawan Negara kita, Pak Samad”).

Pelik kenapa Lim Kit Siang menyebut penganugerahan ini adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan oleh TYT, sedangkan setahu saya Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanyalah sekadar berkuasa mencadangkan nama penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sahaja tetapi penganugerahannya pula adalah dibuat oleh dan atas perkenan TYT.

Apakah ucapan Lim Kit Siang ini sekadar satu “slip of the tongue” (terlepas cakap) atau apakah ia indikasi perjuangan sebenar DAP yang menyentuh soal kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri adalah perkara yang boleh dispekulasikan.

Apa yang jelas ialah tiada satu pun daripada semua 18 matlamat penubuhan DAP yang tertera di dalam perlembagaan DAP yang menyentuh mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vSuh8h
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul

Sekianlah artikel Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/07/anugerah-datuk-seri-kepada-samad-said.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul"

Catat Ulasan