Judul : Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri !
link : Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri !
Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri !
PUTRAJAYA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini, hari ini atas 182 pertuduhan meliwat, merogol dan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun.
Tertuduh yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai ejen unit amanah mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas semua pertuduhan itu selepas 182 pertuduhan tersebut dibacakan setiap 1 terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Tertuduh yang memakai baju-T dan berkaca mata itu menghadapi 150 pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak perempuannya yang berumur 15 tahun di bilik tidur utama rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya.
Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu sebanyak 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 1 hingga 19 Januari 2017 dan setiap hari sepanjang Mac 2017.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga didakwa atas 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu di tempat sama.
Bapa kepada 3 anak perempuan itu dituduh melakukan perbuatan tersebut sebanyak 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam antara jam 6 pagi hingga 1 pagi, pada 11 Julai hingga 20 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang telah bercerai dengan isterinya dan mempunyai hak pemeliharaan ke atas anak sulungnya itu juga didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa antara 1 Januari hingga 21 Julai lalu mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat sama pada 2 petang 21 Julai lalu mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan esok untuk menyambung membacakan lebih 400 pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan tersebut adalah serius.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali memaklumkan kepada mahkamah bahawa ada sejumlah lagi pertuduhan yang belum didaftarkan, oleh itu beliau memohon kes itu ditangguhkan sehingga esok.
Beliau juga tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh tidak boleh dijamin dan kesalahan itu juga serius.
“Mangsa adalah anak kandung tertuduh yang berumur 15 tahun semasa kejadian dan semasa ditangkap mereka tinggal serumah. Sekiranya jaminan dibenarkan dikhuatiri tertuduh akan melarikan diri dan mengganggu saksi-saksi pendakwaan terutama mangsa dan ibu mangsa memandangkan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa,” katanya.
Tertuduh dengan nada bersahaja merayu supaya dibenarkan diikat jamin kerana dia yang bekerja sebagai ejen unit amanah itu tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara keluarga serta bapanya yang sakit.
“Saya beri wang kepada bapa yang sakit dia jalani rawatan dialisis. Saya juga ada kenderaan yang perlu dibayar, mohon jaminan yang rendah,” katanya.
Prosiding kes itu bermula pukul 2.50 petang dan berhenti rehat pukul 3.25 petang dan bersambung semula pukul 4.19 petang dan pada pukul 5.15 mahkamah berhenti rehat dan bersidang semula pukul 5.35 petang bagi membolehkan pendakwaan menyelaraskan kertas pertuduhan.
Kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah Nur Azera Zulkefli, 32. Prosiding kes itu berakhir pukul 6 petang.
Pada setiap 1 pertuduhan Nur Azera bertanyakan “kamu faham pertuduhan, kamu mengaku bersalah atau minta dibicarakan” yang mana tertuduh yang berdiri di dalam kandang tertuduh menjawab dengan tenang “faham dan mohon dibicarakan”.
Semasa mahkamah berhenti rehat kelihatan tertuduh tunduk sambil menutup mukanya.
Menurut laporan media, tertuduh menjaga anak sulungnya itu selepas dia bercerai dengan isterinya 2 tahun lepas dan 2 lagi anak perempuannya tinggal bersama ibu mereka. #sumber
from Pahang Daily Online http://ift.tt/2vPhkjw
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri !
Sekianlah artikel Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri ! dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/bapa-hadapi-182-tuduhan-seksual.html
0 Response to "Bapa Hadapi 182 Tuduhan Seksual Terhadap 'Anak Kandung' Sendiri !"
Catat Ulasan